Waktu Sahur sangat penting untuk orang yang berpuasa. Disamping ganjaran yang kita akan dapat dalam bersahur, ia juga untuk membekalkan tenaga pada siang hari yang menahan diri dari lapar dan dahaga. Sudah semestinya kita akan makan dan minum yang mengenyangkan, betul tak?
Haa, disini Admin kongsikan satu hidangan air yang sangat mudah tetapi ianya sudah terbukti boleh buat anda bertenaga sepanjang hari. Iaitu, Susu Kurma. Anda boleh sediakan malam sebelum tidur, masuk di dalam peti ais dan keesokkan harinya boleh sahaja terus minum. Sedap, rugi kalau tak cuba.
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Susu Kurma ini 🙂
Bahan-bahan:
Kurma
Susu cair atau susu kotak
Gula perang
Ais kiub
Cara penyediaan:
- Masak semua bahan atas api hingga mendidih. Tutup api. Sejukkan boleh buang kulit kurma yang tertanggal.
- Kemudian, blend.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/