fbpx

Kenali Coklat Popular Dan Baik Untuk Masakan Dengan Harga Mampu Milik

iCookAsia

Untuk membuat kek atau biskut, coklat mahal tidak menjamin hasil akhir produk, sebaliknya ia bergantung kepada cara pembuatan dan masakan. Di pasaran, ada pelbagai jenis coklat popular dengan harga mampu milik yang boleh dipilih dalam menyediakan kek.

 

  1. Coklat Masakan

Coklat jenis ini biasanya dijual di kedai bakeri dan dipek kembali atas jenama bakeri tersebut. Kegunaan coklat ini untuk membuat ganache kek ataupun salutan pada biskut. Untuk salutan pada biskut, pilih coklat kurang lemak supaya coklat cepat mengeras dan tidak lembik pada biskut. Untuk ganache pula, pilih coklat masakan berlemak kerana kek akan menjadi lebih moist.

Coklat masakan berlemak biasanya berwarna coklat kehitaman manakala coklat masakan kurang lemak berwarna coklat terang.

 

  1. Dark Coklat Beryls

Dikenali sebagai coklat compound dan punya dua bentuk iaitu berbentuk bar atau coin. Ia juga sesuai digunakan untuk membuat ganache namun tidak sesuai untuk salutan biskut kerana coklat lambat kering. Coklat jenis ini juga sesuai untuk membuat brownies. Rasanya sedikit pahit namun berlemak.

 

  1. Milk Coklat Beryls

Punya fungsi yang sama seperti dark coklat cuma rasanya lebih manis dan warnanya lebih lembut. Sesuai digunakan untuk coco jar.

 

  1. White Coklat Beryls

Merupakan coklat berperisa susu berwarna putih. Sesuai untuk dijadikan mousse dalam lapisan kek dengan tambahan bahan-bahan lain. Turut sesuai untuk dizzle di atas biskut.

 

Perhatian :

Semua coklat perlu dicarikan menggunakan kaedah double boiler. Elakkan terkena terus di atas api bagi mengelakkan coklat keras.

Semua coklat harus disimpan dalam suhu bilik. Jika disimpan dalam peti sejuk, coklat akan rosak.

Jika disimpan dalam rumah sewaktu cuaca panas, masukkan ke dalam kotak polistrin putih.

Coklat coin lebih mudah untuk cairkan, manakala coklat bar pula lebih tahan lama dan tidak mudah lembik.

Kredit info & foto : Zuraini Alias

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x