Pelbagai cara sebenarnya untuk beri anak makan sayur. Antara resepi sayur yang dibuat adalah dengan menggoreng seperti Bayam Brazil goreng, dan Bendi Goreng. Disini Admin kongsikan satu lagi jenis sayur yang boleh dibuat goreng iaitu Pucuk Ubi.
Kebiasaanya, pucuk ubi dibuat sebagai ulam-ulaman atau masak lemak cili api. Untuk yang makan sayur, boleh lah makan begitu sahaja. Tetapi untuk yang tidak gemar sayur tetapi nak tahu apa rasanya, boleh lah cuba teknik memasak ini. Sedap dan sangat rangup.
Terima kasih Rozilah Yahya Rozee untuk perkongsian resipi Pucuk Ubi Crispy ini 🙂
Bahan-bahan:
2 ikat Pucuk Ubi
10 batang Cili kering
2 genggam Ikan bilis
2 labu Bawang besar
Sedikit garam dan gula
Cara membuat:
- Basuh pucuk ubi dan biarkan kering.
- Setelah kering, goreng dengan minyak yang banyak.
- Ikan bilis di basuh dan tos hingga kering. Setelah kering, gaulkan dengan tepung beras (petua supaya ikan bilis ranggup).
- Goreng dengan minyak yang digunakan menggoreng pucuk ubi tadi.
- Cili kering basuh, toskan. Goreng dengan minyak yang sedikit. Apabila sudah sejuk, kisar dengan menggunakan pengisar kering.
- Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dipotong nipis. Masukkan cili kering yang dikisar, sedikit garam, gula, ikan bilis dan akhir sekali pucuk ubi yang telah digoreng tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rozilah Yahya Rozee (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/