fbpx

Kentang Goreng Ala McD Cara Homemade. Buat Sendiri, Baru Berbaloi Dan Sedap!

iCookAsia

Buat penggemar makanan segera iaitu McD, anda mesti cuba buat sendiri Kentang Goreng di rumah. Apabila buat sendiri di rumah, tidak lagi risau dengan bahan yang digunakan sama ada, bahan yang sihat atau tak. Lebih-lebih lagi buat para ibu. Pasti mahukan makanan yang terbaik buat anda kan?

Terima kasih Masriza Basri untuk perkongsian resipi Kentang Goreng ini 🙂

Cara-cara:

Kentang di potong jejari dan rendam ke dalam air yang ditambah cuka.

Cara penyediaan yang pertama:

  1. Toskan dan gaul bersama tepung bestari perisa original. 

*Untuk anda yang suka pedas, boleh gunakan serbuk perisa spicy. 

  1. Salut kentang dengan tepung.

Cara penyediaan yang kedua:
1. Campur tepung gandum bersama tepung beras seperti hendak membuat bancuhan goreng pisang.
2. Letak kan sedikit garam dan lada sulah. Jangan terlalu banyak, takut pedas sangat.


3. Apabila semua sudah bersalut dengan tepung, boleh mula untuk menggoreng.


4. Untuk penyediaan secara frozen, goreng sebentar dan angkat. Toskan minyak dan biarkan seketika.


5. Apabila sudah sedikit sejuk, boleh masukkan ke dalam beg ziplock dan simpan dalam peti ais.

*Keluarkan seketika untuk dihidang lagi. Goreng hingga kekuningan. 

Nak lagi sihat dan tanpa minyak, anda boleh gunakan Air Fryer jika ada.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Masriza Basri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x