Ada penggemar Kerabu Maggi di sini? Kalau rindu nak nikmati hidangan ini di Restoran, boleh lah cuba buat ikut cara seorang pengguna Facebook ini. Memandangkan musim PKP ini pergerakan terbatas, jadi marilah kita masak di rumah.
Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Kerabu Maggi Thai ini 🙂
Bahan A
4 paket maggi thai
Udang
Jejari ketam
Sosej/sotong
Bahan B
3 paket perencah maggi thai
4 ulas bawang putih (ketuk)
1 batang serai (hiris)
6 btg cili padi (ketuk)
1/2 biji bwg holland (hiris)
1/2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 biji tomato (belah 6)
1 sudu kecil gula siam (rujuk video)
Daun ketumbar (hiris)
Akar ketumbar (ketuk)
4 sudu besar sos ikan
Cara memasak:
- Celur bahan A.
- Kemudian campur B. Gaul sebatikan.
*udang, jejari ketam, sotong ikut kuantiti berapa banyak yang anda nak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos