fbpx

Kerangupan Ayam Penyet, Boleh Buat Teringat-Ingat. Simple Tapi Ngam Rasanya!

iCookAsia

Yang suka makan Ayam Penyet, mesti tak sabar nak merasai keenakan dan kerangupan hidangan ini. Digandingkan pula dengan sambal yang memang padu dengan tekak melayu, makin berselera nak makan. Cara nak buat pun mudah saja. Wajib cuba.

Jom try.

Terima kasih Mashitah Mas untuk perkongsian resipi Nasi Ayam Penyet  ini 🙂

Bahan- bahan:
Ayam
4 biji bawang merah
Halia
Lengkuas
Kunyit
Kiub ayam
Daun salam
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Kiub ayam
Lada (Yang ditumbuk)
Tauhu
Tempe

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisar 4 biji bawang merah, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit untuk seekor ayam yang bersaiz kecil. Tumis dengan serai diketuk dengan daun salam atau dikenali sebagai daun Bay . Apabila sudah naik bau wangi, masukkan ayam dan tuang air dan agak-agak ayam tenggelam. Masukkan juga garam dan kiub ayam. Masak hingga nampak ayam masak elok. 
  2. Sementara itu, buat bancuhan tepung. Masukkan 1 cawan tepung beras, 1 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil jintan manis ditumbuk, 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk, 1 sudu kecil serbuk kunyit, garam secukup rasa dan kiub ayam serta sedikit lada yang ditumbuk. Kacau sebati. Agak-agak bancuhan tu nampak macam santan pekat. 
  3. Kemudian, jika ayam sudah masak elok, angkat dan toskan serta celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng garing. Angkat dan ambil anak lesung batu dan lenyek-lenyekkan.
  4. Celupkan juga tauhu dan tempe yang dipotong-potong dan goreng garing. 
  5. Akhir sekali, bila dah siap, boleh susun di pinggan. Nasi, ayam penyet, tempe dan tauhu yang digoreng, kobis mentah dan kacang panjang mentah yang dipotong-potong dan sambal ayam penyet. Siap dihidangkan.

Bahan-bahan (Sambal Penyet):
Ikan bilis
Bawang merah
Cili padi
Cili besar merah
Tomato
Belacan
Gula
Garam
Jus limau

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng ikan bilis, jika sudah garing dan ketepikan.
  2. Kemudian, masukkan minyak agak-agak sahaja dan goreng sampai layu bawang merah, baru masukkan cili padi dan cili besar merah yang dipatahkan dua, juga masukkan tomato yang sudah dipotong empat. Masak sampai nampak tomato layu dan angkat kesemuanya.
  3. Masukkan bahan goreng tadi dan belacan yang telah dibakar, (Kalau tak bakar belacan pun okay) ke dalam pengisar, tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar kasar sekejap saja. 
  4. Tuang semula ke dalam kuali tadi. 
  5. Akhir sekali, masukkan juga gula, garam dan jus limau secukup rasa. Masukkan juga sedikit gula melaka dan masak hingga nampak pecah minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mashitah Mas(Facebook)

Nak senang kerja? Guna ni je dah settle satu masalah. Boleh tengok sini: https://shope.ee/7UqH3LwOog 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://w

ww.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x