fbpx

Keropok Lekor Homemade Paling Senang. Resipi #StayAtHome

iCookAsia

Bila aktiviti dan sumber terhad, kreativiti manusia akan bertambah hebat. Maka terhasillah pelbagai jenis menu yang sebelum ini jarang kita buat di rumah.

Kalau sebelum ini nak makan keropok lekor, order sahaja dari kawan-kawan yang pulang ke Terengganu. Tapi sekarang nak keluar pun dalam lingkungan 10 kilometer sahaja.

Jadi caranya beli ikan selayang, sardin, pelaling atau apa sahaja jenis ikan yang disukai. Lebih banyak adunan ikan, lebih sedap.

“Duduk rumah ade saja nk dimakan… Bila teringin nk mkn keropok lekor tp xtau mana ade jual..maka terhasilah keropok lekor homemade ni.. Suatu kepuasan bila dpt buat sendiri 😄

 

Bahan :

10 ekor Ikan selayang/sardin – (dekat rumah ade ikan sardin je..lagi banyak ikan lagi sedap)

2 cawan tepung ubi

2 sudu besar tepung gandum

Sedikit garam dan perasa

 

Cara :

1.Asingkan isi ikan

2.Kisar isi ikan guna blender kering.

3.Campurkan isi ikan tadi dengan tepung ubi dahulu kemudian baru ulikan dengan tepung gandum sampai tak melekat dekat tangan.

4.Bila dah jadi doh, bentukkan gulung memanjang (boleh letak tepung gandum sedikit semasa membentuk)

5.Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih betul sampai ade bunyi bup bup, masukkan keropok tadi dalam periuk. Hehhehe..

6.Rebus sampai keropok naik, itu tanda keropok sudah masak

7.Toskan sekejap. Selepas itu rendam keropok tadi dengan ais dan toskan balik.

8.Siap

Selamat mencuba.. 😊😊😊

Sumber : Suhaila Isnan

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x