fbpx

Khas Buat Anda Yang Sukakan Paru. Resipi Sambal Paru Ni Banyak ‘Step’ Tapi Kalau Buat Confirm Sedap dan Rangup.

iCookAsia

Kalau anda pernah beli Nasi Lemak di kedai atau warung tepi jalan, mesti ada yang sediakan lauk sambal paru kan? Ada sesetengah kedai yang tiada. Memandangkan musim PKP sekarang, masa juga banyak di rumah. Apa kata kita cuba masak di rumah?

Terima kasih Normilawati Nordin untuk perkongsian resipi Sambal Paru ini 😀


Bahan yang diperlukan:
Paru
50 tangkai cili kering
6 ulas bawang kecil merah
3 ulas bawang putih
Sedikit Belacan (kalau suka)
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
Sedikit ajinomoto
Sedikit serbuk cukup rasa
Sedikit gula perang/ Gula putih (untuk mencantikkan kuah sambal)

Cara Membuat:
1. Bersihkan paru dan rebus hingga empuk. Kemudian, hiris kecil dan goreng hingga garing. Ketepikan sebentar.
2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.

Tips/Cara: Nak bagi bahan naik rasa dan sedap, kisar bahan secara berasingan antara bawang dan cili. Beliau akan tumis bahan bawang dan belacan dahulu baru cili.

3. Tumis dahulu bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis hingga naik bau wangi dan kemudian barulah dimasukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan hingga pecah minyak.
4. Selepas itu masukkan garam, gula dan serbuk ajinomoto, serbuk cukup rasa dan sedikit kicap. Kacau hingga sebati.
5. Seterusnya, masukkan paru dan biarkan hingga kuah sedikit kering dan barulah tabur bawang besar yang dihiris (pilihan).
6. Seimbangkan rasa dan sambal paru siap untuk dihidang!

Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Normilawati Nordin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x