fbpx

Khasiat Bijiran Barli Yang Bagus Untuk Kesihatan Beserta Cara Untuk Merebusnya

iCookAsia

Kalau anda nak tahu, banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada bijiran barli tau untuk tubuh serta kesihatan kita. Mesti ramai yang suka minum air barli dengan rasa nya yang sedap dan ia sangat bagus untuk diamalkan.

Jadi, kali ini Admin nak kongsikan cara untuk rebus barli supaya anda semua tidak perlu rebus setiap hari. Jom kita try.

Terima kasih Ani Zam untuk perkongsian Khasiat Dan Cara Untuk Merebus Bijiran Barli ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan barli

4 cawan air

2 helai daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali,  rebus 1 cawan barli bersama 4 cawan air.
  2. Masukkan 2 helai daun pandan. Apabila barli sudah masak lembut dan air rebusan sudah pekat, tutup api (guna api perlahan sahaja).
  3. Sejukkan dahulu sebelum isi ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
  4. Kemudian, Setiap kali nak minum ambil 2 sudu besar dan tuang air panas mendidih 1 gelas.
  5. Biarkan 30 minit baru minum. Sehari 2 kali minum pagi dan malam.

Kalau nak breakfast, boleh cuba air barli ditambah satu sudu madu dan perahan lemon. Seperti mana dikongsikan oleh pengguna Facebook ini.

Khasiat Bijiran Barli:

  1. Pertama sekali, bijiran barli dapat menyejukkan badan, melancarkan penghadaman serta melawaskan kencing.
  2. Seterusnya, ia juga dapat mencegah dan merawat batu karang.
  3. Dengan mengamalkan barli ini, anda dapat mengurangkan risiko sembelit dan menurunkan kadar kolesterol.
  4. Bijiran barli juga boleh mencegah kanser, mengurangkan risiko kencing manis, memelihara buah pinggang dan mengurangkan berat badan.

Semoga bermanfaat! 😉

Kredit tips dan gambar: Ani Zam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x