fbpx

Kheng Som Siakap. Hirup Kuah Pedas-Pedas, Bertambah Makan.

iCookAsia

Siapa pernah ke Thailand pasti teringat-ingat keenakan Kheng Som di sana kan? Tahap pedas dan masam kuahnya memang terbaik. Kheng Som merupakan asam rebus Thailand. Ada yang letakkan nenas dan kangkong, ada juga yang menyajikan terung bulat di dalamnya.

Tapi Kheng Som memang enak dinikmati semasa panas dan wajib pedas.

 

Bahan kisar:

½ inchi kunyit hidup

1 biji Bawang besar

3 biji Bawang merah

3 ulas Bawang putih

3 batang Lada besar merah

7 batang Cili padi (Jika suka pedas lebihkan)

1 batang serai

Belacan bakar sebesar ibu jari (dibakar dahulu, tak bakar pun takpa saya tak marah)

 

Bahan masak:

Seekor ikan siakap

Seikat Kangkung (dipotong)

½ biji Nanas masak (dipotong kecil)

½ Gula nise/gula melaka

2 sudu besar asam jawa Adabi

1 biji perahan Jus limau nipis

Garam secukup rasa.

 

Cara :

1. Kisar semua bahan.

2. Dalam periuk, masukkan lebih kurang dua mangkuk air.

3. Masukkan semua bahan kisar dan biarkan mendidih.

4. Masukkan satu biji perahan limau nipis.

5. Masukkan asam jawa. Asam jawa ini terpulang nak gunakan jenis apa. Kalau guna yang ada biji, tapis bersama secawan air.

6. Masukkan gula nise. Kalau tiada, guna sahaja gula biasa. Tak ada masalah.

7. Perasakan dengan garam.

8. Kemudian masukkan ikan siakap. Boleh gunakan apa sahaja jenis ikan seperti jenahak, ikan keli, baung dan sebagainya.

9. Masukkan nenas, Nenas dibuang dahulu matanya dan potong kecil. Selepas masukkan nenas, bau Kheng Som ini memang menyengat dan menyelerakan.

10. Selepas ikan masak, baru masukkan kangkung. Jangan terlalu lama kerana nanti terlalu layu untuk dimakan.

Sumber : Nurhayati Abd Malek

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x