Kobis Inti Daging ini seperti hidangan ala Korea yang selalu kita lihat di kaca tv. Apa kata kali ini kita cuba buat di rumah. Mudah dan rasa jus dagingnya, perghh, terliur.
Bahan :
Daging cincang
Bawang Holland potong dadu
Bawang putih (hiris nipis)
Halia (hiris nipis)
Black paper
Garam
Serbuk rasa
Daun sup bawang (cincang halus)
Sos Tiram
1 sudu tepung jagung
Cara :
1. Gaulkan semua bahan dan ketepikan.
2. Celur kobis untuk memudahkan proses gulung.
3. Letakkan inti daging di dalam kobis dan gulung.
4. Kukus dalam 20 minit.
5. Nak makan begitu sahaja pun boleh, nak goreng pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.
6. Jika nak goreng, celup dengan tepung Bestari dan goreng sehingga keemasan.
Sumber : Neza Mastura