Resipi Kubis Cina Kukus ini dikongsikan oleh Mary Teo Lee Na. Sayur kubis digulungkan bersama inti telur dadar dengan sedikit udang kering. Lebih menyelerakan, gabungan sos tiram, soya sos dan minyak bijan membuatkan hidangan ini lebih enak.
Sesuai dicicah dengan sichuan chilli oil dengan sedikit bawang putih mentah yang dicincang halus.
Resipi ini bukan sahaja sihat, malah cukup sesuai bagi mereka yang sedang diet. Seronok kan bila diet tapi dapat makan sedap-sedap.
Cara :
- Sediakan sos untuk kubis dahulu. Renehkan sedikit sos tiram, kicap cair dan minyak bijan. Masukkan sedikit air dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. Ketepikan. Nanti tuang di atas kubis sewaktu dihidangkan.
- Ambik kubis bahagian daun.
- Rebus sehingga lembut sedikit.
- Campurkan telur, udang kering cincang, sedikit lada sulah dan sedikit stok ayam. Pukul rata. Goreng dadar. Selepas itu potong untuk dibalut dengan kubis rebus.
- Kukus selama lima minit dan tuangkan sos di atasnya.
Kredit resipi & foto : Mary Teo Lee Na
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/