KUIH CARA MANIS
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 2 cawan tepung gandum
2. 5 helai daun pandan (dikisar dengan 2 cawan air)
3. ½ cawan santan
4. 2 biji telur ayam
5. 2 sudu besar minyak sapi
6. Garam secukup rasa
7. Gula pasir sebagai inti
Cara-caranya:
-
Mula-mula masukkan daun pandan bersama air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus dan tapiskan airnya.
-
Selepas itu masukkan tepung gandum, air pandan yang telah dikisar dan ditapis tadi, santan, telur dan garam ke dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan.
-
Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi ke dalam acuan dan tuangkan adunan. Setelah adunan agak kering atau separuh masak, letakkan sedikit gula sebagai inti dan tutup sebentar agar ia cepat masak.
-
Setelah masak, keluarkan kuih dari acuan dengan berhati-hati dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Tips:
Supaya kuih cara manis tidak berair, masukkan separuh adunan terlebih dahulu. Tunggu sehingga adunan agak masak barulah dimasukkan gula. Kemudian tutup kembali dengan sedikit lagi adunan kuih cara sehingga kuih masak.