Min sebenarnya tak tahu pun kewujudan kuih ini, tapi nampak cantik sangat. Rasanya pun mesti sedap kan. Jom kita cuba buat kuih ini pula.
Terima kasih Julia Aleen Aireish untuk perkongsian resipi Kuih Dangai Kukus Gula Melaka ini 🙂
Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut putih
2 cawan tepung pulut
½ sk garam halus
Untuk inti:
½ ketul gula melaka (potong halus)
â…“ cawan gula merah
Acuan lompang secukupnya
Cara-cara memasak:
- Satukan kelapa parut dan garam halus. Gaul sekata.
- Masukkan sedikit-sedikit tepung pulut sambil digaul sebati. Buat hingga tepung habis.
- Masukkan penuh adunan kelapa ke dalam acuan, tekan dengan ibu jari buatkan seperti lubang di tengahnya.
- Tuang gula melaka dan gula merah lebih kurang satu sudu kecil.
- Pastikan air telah mendidih, kukus selama 15 minit. Alihkan dan tunggu suam-suam baru keluarkan dari acuan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Julia ALeen Aireish (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos