Mesti ramai yang rindukan Kuih Gomok Kelate kan? Bila makan teringat kampung halaman, selalunya nenek di kampung yang rajin buatkan untuk keluarga makan, jadi bila berjauhan, inilah masanya nak belajar buat sendiri.
Bahan :
2 biji Kelapa muda
1 kg Beras pulut
2 sudu garam
5 keping manisan (nisan kerek/gula melaka)
1/2 kg gula (boleh sesuaikan ikut manis masing-masing)
Cara :
1. Sangai beras pulut sehingga perang. Kemudian sejukkan dan kisar halus.
2. Masak kelapa parut bersama air, gula, garam dan manisan dengan 10 cawan air. Kalau nak keras boleh tambah air.
3. Bila dah mendidih, masukkan beras pulut tadi ke dalam kuali dan gaul sebati.
4. Matikan api dan sejukkan. Kemudian buat bentuk bulat.
5. Untuk tepung, sangai sebentar tepung beras dan salutkan.
Sumber : Afifi Pauzi