fbpx

Kuih Kegemaran Orang Dulu-Dulu, Kuih Talam Gula Merah. Hasilnya Memang Sedap Betul!

iCookAsia

Kalau ditanya berkenaan Kuih Talam ini, majoriti pasti akan menjawab Kuih kegemaran ahli keluarga mereka. Memang kebanyakkan orang-orang lama suka akan kuih ini. Jarang nak jumpa orang buat jualan sekarang. Jadi, jom kita angkat semula Kuih ini dan jangan bagi ia ditelan dek zaman. Senang je nak buat, dan yang pasti sedap tau!

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Kuih Talam Gula Merah ini 🙂

Bahan untuk Lapisan Bawah:

1 cawan gula merah*

1/2 cawan gula pasir*

2 cawan air*

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung ubi

3 cawan air

Sedikit air kapur

Cara membuat:

  1. Masakkan bahan yang bertanda (*) sampai larut dan sejukkan. 
  2. Kemudian bancuh dengan tepung tadi sampai sebati dan tapiskan.
  3. Panaskan pengukus terlebih dahulu dan loyang disapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  4. Kukuskan lapisan bawah tadi dalam 20 minit. Kalau ada air atas permukaan kuih tu lapkan dengan tisu secara perlahan kemudian gariskan dengan garpu.

Bahan untuk Lapisan Atas:

3 cawan santan

1 cawan tepung gandum

2 sudu kecil garam 

1 sudu kecil tepung jagung

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan tadi dan kacau. Kemudian tapiskan. 
  2. Masukkan diatas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama  20 minit ataupun sampai masak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x