Mesti ramai suka makan Kuih Keria kan? Dengan rasa lembut dan manis yang sedap menjadikan kuih tersebut lagi menarik dan tak cukup makan satu. Kali ini, Admin nak kongsikan satu resepi Kuih Keria yang menggunakan ubi keledek ungu tau.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
500 g keledek ungu
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan gula perang
1 cawan gula
1 sudu besar minyak
Cara membuat (Keria):
- Mula-mula, rebuskan keledek yang sudah dipotong sehingga lembut.
- Lenyekkan sehingga hancur.
- Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.
- Salutkan tangan anda dengan sedikit minyak masak.
- Bulatkan adunan kemudian lubangkan di tengah.
- Panaskan minyak kemudian goreng adunan tersebut (Sentiasa gaul).
- Biarkan sehingga terapung dan kecilkan api.
- Kuatkan api sehingga warna berubah keperang-perangan.
- Angkat keria dan biarkan seketika.
Cara membuat (Salutan Gula):
- Letakkan air, gula perang, gula dan minyak.
- Gaul sehingga pekat.
- Kecilkan api dan masukkan keria.
- Tutup api dan gaul sehingga sebati.
- Sedia untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity