Kuih Ketayap ini antara kuih tradisional yang wajib tahu dan rasa. Kebiasaanya kita akan beli di gerai tepi jalan. Kali ini, jom cuba buat di rumah. Sedap dan mudah.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut
1 keping manisan
Sedikit garam
Cara membuat:
1. Tumbuk daun pandan sehingga hancur dan tambahkan sedikit air. (Daun pandan juga boleh dikisar)
2. Setelah lumat, perah airnya.
Untuk inti:
1. Masukkan manisan kedalam periuk. Diikuti dengan satu cawan air dan daun pandan yang diikat. Panaskan hingga manisan cair.
2. Selepas itu, masukkan kelapa parut dan gaul seketika.
3. Seterusnya, masukkan sedikit garam. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang dicarikan dengan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga kuah kering.
5. Setelah itu, gaul kan tepung gandum bersama air perahan daun pandan tadi serta santan dan sedikit garam.
6. Masukkan air dan gaul hingga adunan sebati dan sedikit cair.
7. Setelah itu, panaskan kuali dan sendukkan adunan tadi. Ratakan adunan dan biarkan hingga masak.
8. Kemudian, letakkan sedikit inti dan gulung kuih. Pastikan gulungan kemas supaya inti tidak terkeluar.
9. Lakukan langkah yang sama hingga semua adunan habis.
10. Kuih ketayap sedia untuk dihidang.
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/