fbpx

Kuih Legend Yang Mudah Dan Sedap, Kuih Ketayap. Confirm Puas Hati

iCookAsia

Setiap pagi mesti nak kena ada kuih kan? Baru rasa lengkap sarapan pagi. Kalau nak buat makan petang pun sesuai juga tau. Bukan itu sahaja, cara nak buat pun mudah sahaja. Yang penting, rasa dia sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rahmah Rosmin perkongsian resipi ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 cawan tepung gandum

1 biji telur (Optional)

2 sudu besar minyak masak

Sedikit garam

Sedikit pewarna hijau

2 1/2 cawan santan cair + air pandan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas kemudian kisarkan hingga halus.
  2. Panaskan kuali non-stick yang disapu dengan sedikit minyak.
  3. Tuang sedikit adunan kemudian lenggangkan.
  4. Apabila sudah masak angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa. Kemudian gulung kemas-kemas.

Tips:

  1. Pastikan kuali benar-benar panas sebelum curah adunan untuk mendapatkan kulit yang berlubang-lubang tapi jangan panas sangat.

Bahan B:

1 biji kelapa parut

1/2 cawan gula merah

2 sudu B gula pasir (ikut nak tahap manis macam mana)

1/2 cawan air

2 helai daun pandan

1 sudu besar tepung gandum (biar inti tak berderai)

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tapiskan air gula.
  2. Kemudian, masukkan kelapa dan kacau hingga air kering dan kelapa masak.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

Kalau suka inti warna hitam, masukkan sedikit kicap pekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rahmah Rosmin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x