Kuih Pau Inti Kelapa memang cukup enak, lebih-lebih lagi jika adunannya cukup gebu dan lembut. Malah penggunaan daun pisang sebagai pelapik ketika dikukus menambahkan lagi aroma.
Terima kasih Siti Hadirah atas perkongsian resipi.
Bahan :
1 cawan Air suam
1/2 pek Mauripan
2 sb Gula pasir
Cara :
- Campurkan semua bahan dan biarkan sehingga kembang dan berbuih.
Bahan :
3 sb Minyak masak
1 sk Garam
3 ½ cawan Tepung gandum – jika lembik boleh tambah tepung sedikit
1 sk Baking powder
1 sk Softener
Cara :
- Campurkan semua bahan dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
- Kemudian tuang bancuhan yis ke dalam adunan tadi dan uli sehingga doh menjadi licin.
- Masukkan inti dan bulatkan adunan. Rehatkan adunan dalam 20 minit atau sehingga kembang.
- Panaskan kukusan dan pastikan air betul-betul mendidih sebelum masukkan pau.
- Kukus selama 7 minit sahaja. Jangan terlebih kerana pau akan jadi berkedut.
Kredit resipi & foto : Siti Hadirah
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/