Sedapnya kuih tradisional kan? Tak terlawan dengan kuih moden, masih berada di kelas tersendiri.
Tapi sayangnya sudah semakin ramai yang lupa bagaimana cara membuatnya, kalau ada resipi pun pasti dah jadi pekasam…hehe
Tapi tak mengapa, icookasia akan kongsikan langkah demi langkah cara membuat kuih sagu, terlalu mudah sampai tutup mata pun mesti jadi.
“Alhamdulillah..sepanjang seminggu lebih mak dok umah kak nanie..2 kali mak request nak mkn kuih sagu ni..mak kata dulu2 dia buat x pernah jadi.. mesti putih sagu tu x hilang2 walaupun kacau atas dapo sampai lengan sado 😁 Jom sape2 nak try buat..ikut gambar step by step ya..jgn derhaka tau 😆 sudu guna sudu makan.. loyang kak nanie size 9inci yek.. Pandai2 la korang agak2..kot loyang kecik..buat 2 loyang..x pun buat separuh sukatan jek 🥰 dah tengah kukus boleh la buat keja lain ek..nak basuh kain ke..nak basuh pinggan ke..jgn pegi tido sudah 😆
Resepi sama pernah niaga dulu2.”
Sudah sejuk bolehla dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut ditambah dengan secubit garam, gaul rata dengan sudu dan kukus seminit hingga dua minit, jangan terlalu lama. Tujuannya untuk kelapa tahan lama dan tidak cepat basi.
Sagu setengah kilo/1/2kg
Jangan cuci terlalu kasar.
Dan jangan cuci banyak kali kerana akan kekurangan kanji atau kanji akan hilang. Selepas itu rendam, air melebihi paras sagu sedikit sahaja. Sementara menunggu sagu kembang, panaskan pengukus.
Lebih kurang 10 minit, sagu akan kembang.
Masukkan 12 hingga 13 sudu makan gula atau sesedap rasa masing-masing.
Selepas itu, letakkan pewarna merah. Jika mahu wangi, letakkan sirap Ros.
Kacau rata. Bila dikacau, air akan keluar namun jangan dibuang dan jangan tambah air.
Selepas itu letakkan ke dalam loyang. Griskan minyak pada loyang supaya tidak melekat. Kukus selama 30 hingga 40 minit sehingga sagu putih hilang.
Tunggu sejuk baru dipotong.
Sumber : Nanie Shaffiee