Hanya gunakan empat bahan sahaja, penuh sebalang di rumah dengan kuih siput lemak manis.
Resipi ini hanya menggunakan bahan asas, jadi sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Sesuailah dijadikan kudapan waktu PKP.
Namun jika mahu lebih berasa, terpulang untuk adunkan rempah lain seperti :
1 sudu teh jintan manis
3/4 cawan udang kering @ ikan bilis
2 sudu makan serbuk cili/ cili blend
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu)
“Dolu2 sis guna penerap kayu sekarang susah sikit nak dpt yang kayu. Penerap plastik memang banyak kat kedai. Jadi mmg sis simpan elok yg kayu tu.
Bahan :
500 gm Tepung gandum
1 cawan planta + 2 sb minyak (masak)
Gula blend (masing2 ikut rasa)
Sedikit garam
Sedikit air ais (sikit jer)
Cara :
1.Uli semua bahan dan cubit kecil-kecil dan tekan di papan penerap.
2.Goreng sehingga keperangan.
Sumber : Rosmawati RoseUksb