Rasa dah lama tak nampak Kuih Puteri Ayu ni, kan? Di beberapa gerai tepi jalan, pasti kita akan jumpa peniaga yang jual kuih ini. Ada juga yang buat dengan warna berlainan. Biasalah, cara moden.
Tapi, Admin tahu secara tradisinya lagi cantik. Resepi mudah ni, jom buat untuk makan petang.
Terima kasih Ani Zam untuk perkongsian resipi Kuih Puteri Ayu ini 🙂
Bahan-bahan:
4 biji telur (saya guna gred B)
1 cawan gula halus (boleh guna gula pasir)
1 sudu teh ovalette
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan santan pekat
Pewarna dan perasa yang di sukai
Bahan untu Inti kelapa:
2 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
*Bahan-bahan di atas gaul sebati
Cara membuat:
- Mixer telur, gula halus dan ovalette sehingga kembang dan putih gebu (selama 5 minit, kelajuan paling tinggi).
- Perlahankan mixer, masukkan tepung gandum, baking powder yang telah diayak, berselang seli dengan santan dan mixer lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, letak pewarna dan perisa yang di sukai.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan, isikan inti kelapa dan tekan dengan hujung jari supaya inti melekat pada acuan dan tuangkan adunan ke dalam acuan dan buat sehingga adunan habis.
- Kukus selama 10-12 minit hingga api sederhana.
- Air kukusan pastikan betul-betul mendidih.
*Penutup kukusan balut dengan tuala bersih untuk mengelak wap air menitis atas kuih.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nawar Azhar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos