fbpx

Laksa Johor, Nak Lagi Sedap Kena Makan Dengan Tangan

iCookAsia

Laksa Johor ini memang unik kerana cara hidangan dan potongan hiasannya, serba serbi diambil kira dan dititikberatkan. Kalau tidak, memang kurang feel bila makan. Walaupun berkuah, namun lagi kick bila dinikmati dengan tangan.

Timun harus dihiris ikut skala yang ditetapkan rakyat Johor, malah selalunya spaghetti akan disimpulkan untuk saiz satu hidangan. Dan yang paling penting, sambal belacan dan belacan ketul sebagai pelengkap rasa. Memang terbaik.

 

Bahan kisar :

2 bungkus spaghetti

2 biji bwg besar

6 biji bwg merah

6 biji bwg putih

2 batang serai

Sedikit halia

Sedikit lengkuas

Sedikit kunyit

(kisar kesemuanya kecuali serai ketuk)

 

Bahan :

4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)

4 sudu besar rempah Kari ikan

4 sudu besar kerisik Akasa Malaysia

2 kotak santan

4 Asam keping

4-5 ekor ikan ikan kembung/selar/selayang/parang) – apa sahaja jenis ikan

5-6 ekor Udang basah

Udang kering (kisar)

Ikan masin kurau (kisar)

Cara :

1. Rebus ikan dan buang tulang. Kisar isinya guna air rebusan. Ketepikan. Kemudian, kisar tulang ikan tadi dan tapis, ambil airnya untuk membuat kuah.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga keluar minyak.

3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.

4. Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.

5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.

6. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.

7. Perasakan dengan garam dan gula perang/melaka.

Bahan Hiasan :

Timun

Kacang panjang

Daun kesum/Daun selasih

Bunga kantan

Bawang holland

Limau kasturi

Sambal belacan

Sumber : Nuryusra Ibrahim Kutty

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x