Buat penggemar sayur, pasti suka akan Sayur Pucuk Ubi ini. Dan cara masakan yang terbaik dan terpaling sedap bagi Admin adalah Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api. Fuh, bikin terliur betul.
Resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini memang sesuai buat yang baru sahaja atau first time nak buat lauk sayur ini. Resepi Anti-gagal! Jom cuba!
Terima kasih Juliet Rabiatularda untuk perkongsian resipi Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api ini 🙂
Bahan-bahan:
Pucuk ubi
Pucuk Labu
Daun kunyit (5 helai)
Daun kaduk (15 helai)
Serai (5 batang)
(Semua pucuk daun ni dimayang halus)
Petai ambil isi sahaja (belah 2)
Ikan bilis segenggam
1/2 kg tempoyak (lebih lagi best, tadi tempoyak tinggal sikit)
1kg santan pekat (4 biji kelapa)
Garam secukup rasa
Bahan untuk Kisar/ Tumbuk:
1 genggam cili padi (ikut suka pedas mana)
2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil garam
Cara memasak:
- Bersihkan semua bahan dan mayang pucuk dan dedaunan yang perlu dihiris halus.
- Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan dalam kuali bersama ikan bilis dan santan. Kacau sampai mendidih.
- Kemudian masukkan tempoyak, kacau sebati. Apabila sudah mendidih, masukkan pucuk dedaun yang dihiris tadi.
- Seterusnya masukan petai, masa ni boleh tambah air kalau terlalu pekat. Kacau selalu jangan sampai pecah santan.
- Perasakan Sambal Tempoyak Daun Kayu dengan garam secukupnya. Padamkan api ikut selera kepekatan kuah masing-masing. Lagi best kalau tempoyak banyak, pekat likat melekat
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Juliet Rabiatularda (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos