fbpx

Lauk Sambal Sotong Kembang. Sedap Dimakan Bersama Nasi Lemak Atau Nasi Putih Panas-Panas.

iCookAsia

Nasi Lemak merupakan hidangan sarapan pagi yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga merupakan Makanan Warisan Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Kalau ikut resepi asal, ia digandingkan dengan Sambal Ikan Bilis seperti biasa. Tetapi orang kita ini pelbagai. Kalau anda pernah ke gerai Nasi Lemak tepi jalan, pasti dijual dengan macam-macam jenis Sambal lagi. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau gemar untuk digabungkan Nasi Lemak dengan Sambal Sotong Kembang ini. Kalau anda penggemar Sotong, memang patut cuba Sambal Sotong Kembang ini. Berlainan dengan Sotong biasa tau. Jom cuba!

Terima kasih Siti Khodijah untuk perkongsian resipi Sambal Sotong Kembang ini 🙂

 Bahan-bahan:

4 ekor sotong kembang (dipotong ikut suka)

*Didihkan air bersama garam sedikit. Masukkan sotong dan biarkan 5 minit, kemudian toskan.

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis/lemak manis 

Serbuk/ kiub pati bilis 

Garam 

Gula, Nise atau Gula merah 

Jus asam jawa 

Bahan Kisar:

1 ulas bawang putih 

4 biji bawang merah besar 

Lada kering mengikut kepedasan sendiri

1/2 ibu jari halia 

Sedikit belacan jika suka 

*Kisar dan masukkan 2 biji dulu bawang merah kisar halus. Kemudian letakkan 2 biji lagi dan kisar kasar-kasar. 

Cara memasak:


1. Panaskan minyak dah tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan garam, gula, nise, pati bilis, asam jawa sebatikan. Kacau-kacau dan biarkan mesra.


2. Kemudian letakkan kicap, sos tiram sebatikan, masukkan sotong kembang. Pelankan api dan masak hingga sotong mesra dengan sambal.


3. Sebelum tutup api, perasakan sekali lagi secukup rasa. Kalau suka boleh letakkan hirisan bawang holland.
4. Kalau tidak suka sotong kembang, boleh guna sotong biasa. Kalau sotong biasa tak perlu celurkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Khodijah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x