fbpx

Lauk Sayur, Petola Masak Lemak Isi Ikan. Cara Memasak Dari Terengganu Ni, Sedap Betul.

iCookAsia

Ada penggemar sayur Petola di sini? Tidak ramai yang minat dengan sayur ini kerana rasa pahitnya. Tetapi, kalau dijadikan lauk sayuran, rasa pahitnya jadilah berkurang dan sangat menyelerakan. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, membuat hidangan Petola Masak Lemak dan cara masakan ini dari Terengganu. Di mana, beliau menggunakan Ikan Rebus dalam bahan tumbuk. Nak tahu bagaimana rasanya? Jom cuba masak. Makan dengan Nasi putih panas-panas dan Ayam Goreng rangup, memang nikmat!

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Petola Masak Lemak ini 🙂

Bahan-bahan tumbuk:

Bawang merah

Bawang putih

Ikan rebus (2 ekor Ikan Kembung)

Lada hitam

Bahan-bahan lain:

Petola

Lobak merah

Kentang (yang sudah direbus)

Suhun

Santan

Garam 

Cara memasak:

1. Tumbuk kasar 1 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Lepas tu tumbuk juga isi ikan rebus.


2. Kakchik guna 1 set serbuk lada hitam yang ditumbuk kasar juga. Kalau suka boleh tambah.

3. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tuangkan santan cair. Hidupkan api kecil.


4. Bila kuah santan nampak dah mendidih masukkan lobak merah.

5. Masukkan petola juga.

6. Kacau rata tau. Jangan sampai pecah santan pula.

7. Apabila sudah nampak kuah mendidih masukkan kentang yang dah direbus asing.

8. Masukkan suhun yang telah direndam sehingga lembut.

9. Masukkan santan pekat.

10. Bila dah nampak buih buih kecil tanda mendidih tu bubuh garam. Kacau rata, matikan api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x