Roti John antara makanan ‘street food’ yang popular di Malaysia. Apa yang menariknya di Roti John Titiwangsa ini, mereka menyediakan lebih daripada 6 jenis hidangan termasuk ayam, daging, tuna dan menu special yang lain. Pelanggan juga boleh pilih 2 saiz roti iaitu pendek atau panjang. Beza RM3 sahaja.
Terletak di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Roti John Titiwangsa ini menggunakan lebih daripada 1000 biji telur sehari untuk menyediakan roti john yang sedap ini. Banyak kan? Jadi kalau datang ke sini, tak sah kalau tak beratur panjang. Memang betul menjadi kegemaran ramai ni! 😋
Waktu beroperasi: 3.30 pm – 11.30 pm
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/