fbpx

Lemon Kering Untuk Buat Hiasan Atau Minuman. Buat Cara Ni, Rasa Lemon Masih Ada Dan Segar.

iCookAsia

Kita sedia tahu yang buah Lemon ini banyak khasiatnya dan apabila diletakkan ke dalam minuman, rasa masam Lemon itu pasti ada. Ada yang suka, ada yang tidak. Bukan itu sahaja, buat penggemar Lemon mesti nak simpan Lemon itu sentiasa segar dan sedap kan?

Disini Admin kongsikan cara membuat Lemon Kering yang boleh disimpan lama. Kalau nak buat dalam minuman, hanya letak dalam minuman panas sahaja. Jangan risau, rasa Lemon nya masih ada. Haa, nak buat hiasan pun boleh. Cantik je kan?

Terima kasih SitiNorhafiza AbdulRazak untuk perkongsian cara membuat Lemon Kering ini 🙂

Cara membuat:

  1. Basuh lemon dengan air garam.
  2. Potong lemon nipis-nipis. Susun atas redai.
  3. Jemur lemon bawah matahari seharian.
  4. Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais.
  5. Esoknya jemur lagi (ulang proses sehingga betul-betul kering) atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darjah selama 5-6 jam (atau sehingga betul-betul kering).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: SitiNorhafiza AbdulRazak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x