Hidangan lempeng yang kebiasaanmya hanya kosong kan dicicah bersama sambal ini dimakan untuk sarapan sangatlah sedap. Tetapi, yang menariknya perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini dimana beliau membuat Lempeng yang berisi Barli. Digandingkan pula dengan Kari Ikan Tanpa Santan.
Lempeng Barli itu yang menarik. Rasanya pasti lain daripada yang lain. Jom cuba?
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Lempeng Barli & Kari Ikan Tanpa Santan ini 🙂
Bahan untuk membuat Lempeng Barli:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (ikut kualiti tepung)
1/2 sudu teh baking powder
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
1 sudu besar gula (ikut manis yang disukai)
Segenggam barli yang dah direbus
Cara membuat:
- Campur semua bahan-bahan. Air masuk sedikit demi sedikit.
- Boleh lempeng atas kuali non-stick. Kemudian, taburkan bijirin barli. Biarkan hingga masak. Apabila sudah perang dibawah, boleh terbalikkan. Dalam seminit boleh di angkat.
Bahan untuk membuat Kari Ikan Tanpa Santan:
3-4 ekor ikan kembung
1 bungkus rempah kari ikan
1/2 sudu teh halba campur
2 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah, 1 cm halia, 2 tangkai daun kari
Air asam jawa
Garam
Cara memasak:
- Tumis bawang putih, halba campur bersama halia dan bawang merah yang dah dihiris dengan sedikit minyak.
- Masukkan serbuk kari dan daun kari.
- Biarkan pecah minyak. Masukkan sedikit air dan biarkan pecah minyak lagi. Masukkan air asam jawa dan sedikit air untuk kuah. Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan biarkan mendidih hingga masak. Masukkan garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/