Sesekali tukarlah selera kita dengan masakan yang menggunakan Daging, betul tak? Daripada ayam sahaja, jom dapatkan khasiat daripada Daging pula. Kalau tidak mahu rasa yang kosong daripada daging sahaja, boleh buat masak Hitam Cili Padi. Yang suka pedas tu, memang kena lah selera anda dengan resipi ni.
Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resipi Daging Masak Hitam Cili Padi ini 🙂
Bahan-bahan:
Daging 1/2kg atau 1kg
Bawang Putih
Merah
Halia
Serai
Cili Padi (Ikut Tahap Kepedasan)
4 Sekawan
Kerisik 2-4 sudu
Minyak Masak
Kicap Pekat
Serbuk Daging Masak Hitam
Cara Perap Daging 1 jam atau lebih:
- Perap Daging ½ kg, Minyak Masak 2-3 sudu, Kicap Pekat, Serbuk Daging Masak Hitam 2 ke 3 sudu, Bawang Putih dan Halia. Tumbuk untuk proses lagi cepat Daging Lembut sewaktu perap
Cara memasak:
- Tumbuk Bawang Merah, Putih, Halia.
- Panaskan sedikit minyak, Tumis 4 sekawan sampai naik bau.
- Tumis bahan tumbuk dan serai (diketuk).
- Masukkan Daging yang sudah diperap. Masak sekejap dan masukkan air 200 ml.
- Masak Daging sebentar. Masukkan kerisik dan kicap Pekat 2 ke 3 sudu.
- Masak sehingga air kering sedikit, masukkan Cili padi dan hirisan bawang.
- Masak sehingga kering dan perasakan garam secubit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yana Jais (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/