Kadang kala Mee bandung yang dipesan di kedai tak menepati selera, jadi nak tak nak terpaksalah masak sendiri. Dan paling mudah, sediakan terus pes mee bandung supaya senang untuk dimasak apabila diperlukan nanti. Tak perlulah menumbuk dan menumis berulang kali.
Terima kasih Ainiyah Hazreeq atas perkongsian resipi.
Bahan :
Lada kering – kisar menggunakan minyak sampai betul-betul hancur
Bawang merah – kisar
Bawang putih – kisar
Sedikit Bawang holland – kisar
Kacang tanah – kisar / tumbuk
Udang kering
Biskut marie – rahsia bagi kuah pekat
Sos tiram
Garam
Cara :
- Kisar bahan kisar satu persatu. Jangan kisar sekali.
- Tumis bawang dan lada kering sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan udang kering.
- Perasakan dengan sedikit garam dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan kacang tanah dan letakkan sedikit sos tiram.
- Apabila sudah sebati, baru masukkan biskut marie dan gaul lagi sehingga keluar minyak.
- Jangan gunakan api yang besar kerana pes mudah hangit selepas dimasukkan biskut marie.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
Untuk kuah :
- Rebus daging bersama kiub ayam. Hiris daging nipis-nipis selepas direbus.
Untuk hidangan :
- Masukkan air rebusan daging dan pes dalam kuali. Kuantiti terpulang, jika mahu pekat, letakkan lebih. Jika sukakan cair, letakkan sedikit.
- Apabila sudah mendidih, masukkan udang segar dan daging yang dihiris nipis. Keluarkan udang apabila sudah masak.
- Pecahkan telur dan terus tutup api untuk dapatkan kuning telur yang masih cair.
- Tuang ke dalam mangkuk yang berisi mee atau kuew teaw.
- Celurkan juga sawi dan fishcake.
Kredit resipi & foto : Ainiyah Hazreeq
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/