fbpx

Macaroni Carbonara Cheese Paling Mudah. Sekejap Je Licin Sepinggan

iCookAsia

Hari Raya Haji bakal menjelang dan mesti ada yang kering idea tidak tahu menu untuk dihidangkan untuk tetamu. Lebih-lebih lagi yang datang secara mengejut. Korang tidak perlu risau kerana Macaroni Carbonara ini memang paling mudah untuk disediakan dan cukup enak dimakan.

Dan untuk rasa yang lebih lemak, korang boleh tambahkan kepingan keju. Memang puas hati bila makan.

 

Bahan :

Buttercup

Sosej – hiris

Meatball – potong kecil

4 labu Bawang besar – kisar

1 labu Bawang putih – kisar

Sos Carbonara (Prego) (3 botol + 2 tin)

4 kotak Fresh Milk Dutch Lady

Air

4 pek Macaroni

Broccoli

Garam

Ajinomoto

Tumix

Cara :

  1. Rebus makaroni bersama sedikit minyak masak dan garam sehingga lembut. Boleh juga gunakan jenis pasta yang lain seperti Spaghetti, Spirals ataupun Fettuccine. Sambil rebus makaroni, sediakan bahan-bahan untuk memasak. Selepas siap, toskan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan sebuku buttercup dan kemudian goreng meatball atau sosej yang dipotong kecil. Jika memasak menggunakan satu pek makaroni, gunakan hanya 1/4 buku Buttercup.
  3. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang sudah dikisar untuk menaikkan lagi aroma. Untuk satu paket makaroni, gunakan 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih.
  4. Selepas naik bau, masukkan dua tin dan tiga botol besar sos carbonara jenama Prego dan tambahkan dua tin dan tiga botol air masak ke dalam kuali.
  5. Masukkan pula empat kotak susu Dutch Lady Fresh Milk. Biarkan mendidih.
  6. Kemudian baru masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan perasakan dengan garam dan perasa. Boleh tambahkan dua kiub pati ayam jika suka.
  7. Untuk menambahkan lagi rasa creamy, masukkan tiga keping cheese. Tidak perlu banyak nanti cepat muak.
  8. Tambahkan brokoli jika suka. Siap untuk dihidangkan. Kalau nak lebih rasa umph, masukkan sedikit Black Pepper Aji-Shio.

Kredit resipi & foto : Ruziawati Yusof

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x