Kebiasaannya pisang goreng yang dijual diselitkan dengan sambal ataupun disalut dengan apa-apa bancuhan. Cuba buat resepi ini pula, pun sedap juga tau makan kosong macam ini. Lepas ni, mesti nak cuba lagi.
Jom try.
Terima kasih Habibah Husin untuk perkongsian resipi Pisang Goreng Versi Kosong ini 🙂
Bahan-bahan:
Pisang nangka atau pisang nipah
Air garam
Cara membuat:
- Mula-mula, sediakan pisang yang muda dan dibersihkan.Â
- Kemudian, potong nipis dengan menggunakan pisau, jangan guna penyagat.
- Rendam dalam air garam selama 15 minit.
- Akhir sekali, goreng sampai kekuningan. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Habibah Husin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity