fbpx

Makanan Tradisi Orang Perak, Mi/Mee Hailam. Buat Guna Spaghetti Pun Boleh Kalau Tiada Mee Kuning.

iCookAsia

Hidangan Mee Hailam ini sentiasa menjadi pilihan bagi masyarakat negeri Perak untuk dihidang pada tetamu atau pada majlis keramaian. Tetapi, memandangkan sekarang ini musim PKP, tidak dibenarkan untuk mengadakan majlis keramaian mahupun keluarga besar untuk ziarah-menziarahi. 

Jangan risau, jangan sedih. Anda masih boleh membuat Mee Hailam ini, dan hantarkan pada keluarga atau rakan-rakan yang terdekat. Dapatlah juga mereka merasa air tangan anda yang sedap ini. Kemudian, boleh berhubung bersama mereka sambil makan. Menarik kan? Jom masak!

Terima kasih Cik Puan Yaya untuk perkongsian resipi Mee/Mi Hailam ini 🙂

 

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar – dikisar

10 biji cili kering – dikisar

5 ulas bawang putih – dikisar/ditumbuk kasar

2 sudu cili sos 

2 sudu cili sos tiram 

Kicap manis

2 sudu Kicap mee

Kiub ayam

1 sudu lada hitam 

Sayur sawi

Daging – direbus lembut

Air rebusan daging

Spaghetti fettuccine (direbus siap-siap)

Cara membuat:
1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan airnya. Kalau rajin, lepas rebus daging, tumbuk sikit daging tu supaya kuah mudah serap ke isi daging yang akan menyedapkan lagi mi.


2. Panaskan minyak, masukkan daging yang dah siap direbus.

3. Masukkan bahan kisar – bawang besar, bawang putih dan cili kering.


4. Masukkan kicap mee, kicap manis cap kipas udang, sos cili, kiub ayam dan perasa.
5. Kemudian masukkan air rebusan daging 1.5 liter atau ikut banyak mana kuah yang anda mahu.
6. Masukkan lada hitam yang ditumbuk hancur. Jangan banyak sangat.
7. Masukkan spaghetti fettucini dan sayur sekali gus. Gaul rata.

*Kalau nak kuah banyak, lebihkan air rebusan tadi.

*Kalau ada yang nak kuah likat, tambah sahaja bancuhan tepung jagung ke dalam kuah sebelum mi dimasukkan. 

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Yaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x