fbpx

Makanan Viral Yang Ramai Duk Gemar, Sedap Juga Buat Sendiri Kek Tapak Kuda Ni!

iCookAsia

Kalau tengok di sosial media, banyak yang menjual kek ini. Dengan kepelabagain inti, lagi menarik perhatian nak beli. Tapi sebenarnya boleh buat sendiri saja. Lembut dan boleh letak inti sepuas hati.

Tapi belum cuba belum tahu.

Jom try.

Terima kasih Ina Matzin untuk perkongsian resipi Kek Tapak Kuda ini 🙂

Bahan- bahan:
3 biji telur
3 kuning telur
108 g gula
66 g tepung kek
1 sudu kecil susu lazz
81 g butter cair
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
Esen vanilla
1 sudu kecil choc emulco
Nutella secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul telur, gula dan ovalette hingga separuh kembang. Kemudian masukkan bahan kering.
  2. Apabila adunan sudah kembang, masukkan esen vanilla dan butter yang telah dicairkan. Kacau secara kaup balik.
  3. Seterusnya, asingkan 1 mangkuk adunan dan masukkan choc emulco. Ini untuk adunan chocolate.
  4. Lapik loyang 10 inci dengan parchment paper, dan tuangkan adunan choc.
  5. Untuk lapisan adunan putih, digalakkan menggunakan piping bag supaya kek tidak berombak. Penuh kan loyang dengan adunan putih.
  6. Akhir sekali, bakar kek selama 25 minit dan suhu pada 140c.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ina Matzin(Facebook)

Boleh guna yang ini. Meh tengok sini: https://shope.ee/8pM1KYNqT7 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x