fbpx

Mana Nak Cari Kimchi Halal? Buat Sendiri Dan Simpan Dalam Balang Kaca, Boleh Tahan Lima Bulan

iCookAsia

Anneyonghaseyo. Siapa peminat Kimchi di sini? Untuk kali ini, kami akan berkongsi resipi ‘trademark’ Korea yang diadun dengan kebudayaan dan disiplin dalam cara pembuatannya.

Apa yang pasti, jika buat sendiri, tiada lagi rasa was-was dan HALAL.

Kimchi boleh bertahan selama lima bulan dan lebih jika betul cara penyimpanannya.

“Siapa peminat makanan Korea di sini? Dulu memang terliur sgt nak makan kimchi. Beberapa tahun dulu susah sangat nak dapatkan kimchi yg halal. First time saya makan kimchi halal  pada 4 tahun dulu dgn harga yg agak mahal. Akhirnya, saya cuba belajar buat sendiri kimchi 😋

“Selama beberapa bulan saya try and error resepi kimchi terbaik, akhirnya saya dpt belajar cara buat kimchi yg sama seperti Korean Kimchi. Yang penting kita buat sendiri dan halal. Saya ingat mula2 dahulu saya perlu catit resepi dan baca setiap kali membuat kimchi. Kini, semua ada dalam kepala😄

“Kimchi perlu dibuat dengan skala besar,  minimum 5 kg. Memang terlalu bnyak untuk satu org makan. Tapi jangan risau, kimchi tahan lebih 5 bulan jika simpan dalam peti sejuk. Lebih tahan lama jika disimpan dalam balang kaca @ balang tanah liat (saya simpan dalam bekas plastik sahaja).

“So far, semua customer memang suka kimchi ni. Ada yang repeat 6-8 kali. 😍 Rasanya masam dan pedas, sesuai dimakan sebagai side dish atau dicampur ke dalam masakan.

Berikut adalah resepi kimchi saya:

 

Bahan-bahan

4-5kg Kubis panjang

1 biji Lobak putih

2 biji Lobak merah

Daun bawang

1 cawan Garam

1 cawan Bawang putih

1 inci Halia

1 biji Bawang Holland

2 cawan Chili Flakes

1/2 cawan Tepung beras

1/2 cawan Gula

3 cawan Air

1 cawan Sos ikan

 

Cara :

1. Potong kubis panjang dalam saiz kecil @ memanjang (dalam gambar) dan rendam sebentar dengan air, dan tapis.

2. Gaulkan kubis dengan garam, gaul dan balik-balikkan setiap 30 minit, selama 2-3 jam

3. Untuk menyediakan bubur, masak 3 cawan air bersama tepung beras dengan api perlahan hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya sebati. Setelah masak, masukkan gula dan tunggu hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan

4. Potong nipis  lobak putih, lobak merah dan daun bawang. Boleh tambah lagi atau tukar sayur lain asal sesuai selera. Kalau di Korea, mereka banyak pakai mustard leaf. Ada yang tambah fermented shrimp, sotong, tiram, bergantung kepada kwasan masing2. Ada juga yg letak buah-buahan dalam kimchi jugaa😍


5. Kisar 1 cawan bawang putih, 1 inci halia, 1 biji bawang holland bersama 1 cawan sos ikan.

6. Selepas 2 jam, bilas kubis dengan air sebanyak 3 kali untuk membuang sisa-sisa air garam. Tapis sehingga tiada air tersisa.

7. Untuk kimchi paste, campurkan bahan no 3 dan 5, dan gaulkan bersama 2 cawan chili flakes.

8. Gaulkan kimchi paste.
9. Okay dah gaul! sedap sangat kimchi paste ni. Nanti boleh adjust kimchi paste ni sesuai selera. Nak masin, tambah garam, nak manis tambah gula.

10. Boleh mula menggaul.

11. Gaulkan bahan hirisan dan kimchi paste


12. Gaul pula kubis panjang dengan kimchi paste tadi.

13. Done gaul dan ratakan. Gulung ketat supaya kurang rongga udara. Simpan dalam bekas, dan jangan lupa mampatkan.

14. Kimchi siap. Simpan diluar selama 1 setengah hari untuk fermented process. Kemudian simpan dalam peti sejuk. InshaaAllah boleh tahan berbulan-bulan.

Sumber : Nur Shahira Samsuri

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x