fbpx

Mandikan Ayam Dengan Air Paip Untuk Dapatkan Kulit Yang Licin. Padankan Dengan Mee Suah. Perfect.

iCookAsia

Resipi chinese food perkongsian Janet Koh ini cukup menyelerakan, malah cukup mudah disediakan. Ayam rebus dipadankan bersama Mee Suah, kombinasi yang cukup sempurna.

Resipi ini menggunakan ayam kampung, namun terpulang kepada selera masing-masing untuk menyediakannya.

 

Ayam Rebus :

  1. Rebuskan air satu pot sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan satu sudu garam dan rebus ayam selama 15 minit. Terbaikkan ayam dan masak sebelah bahagian lagi 15 minit. Selepas itu terbalikkan lagi dan rebus selama 5 hingga 10 minit.
  3. Keluarkan ayam dan mandikan di bawah air paip untuk menyejukkan kulit ayam. Cara ini agar kulit ayam nampak licin dan cantik.
  4. Biarkan sebentar dan tunggu sehingga sejuk dan baru dipotong. Hasilnya ayam dipotong dengan cantik. Jika dipotong sewaktu panas, ayam akan hancur.
  5. Selepas siap dipotong, letakkan minyak bawang putih goreng dan kicap di atas ayam.

Mee Suah :

  1. Didihkan air dan masukkan satu pek mee suah. Masak selama tiga minit dan toskan.
  2. Letakkan minyak bawang putih dan kicap, gaul rata.
  3. Nikmati bersama ayam rebus.

Kredit resipi & foto : Janet Koh

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x