Siapa sahaja yang tidak gemar akan hidangan popular untuk sarapan ini, iaitu Bihun Goreng ni kan? Bukan sarapan je, untuk makan petang pun biasa dihidang.
Jom ikuti cara memasak Bihun Goreng dengan mudah dan sedap daripada seorang pengguna Facebook ini. Nampak menyelerakan betul!
Terima kasih Ziera Xiera untuk perkongsian resipi Bihun Goreng ini 🙂
Bahan A (bahan kisar)
Cili api merah dan 1 sudu besar sambal belacan adabi
3-4 ulas bwg merah kecil
3 ulas bwg putih
Bahan B
Kicap pekat manis
Sos tomato
Sos cili
Kicap cair (manis)
Garam
Gula
Kiub ikan bilis
Bahan C
Fish kek
Udang (udang dikecutkan airnya, supaya bila masuk dalam bahan tumisan tidak banyak air)
Telur 2 – 3 biji
Bahan D
Bihun (dicelur lembut)
Sawi
Taugeh
Cara memasak:
- Tumis bahan A hingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan bahan B, biar kan naik minyak lagi untuk kali kedua.
- Kemudian, masukkan bahan C dan akhir sekali bahan D.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ziera Xiera (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos