Masak lemak cili api memang sedap jika dimasak dengan apa bahan sekali pun seperti udang, ayam atau daging. Yang penting, sekali makan mesti tak cukup satu pinggan. Sedap tak terkata orang kata.
Terima kasih Nur Ismail untuk perkongsian resipi Masak Lemak Cili Api ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A (Untuk Kisar-bergantung pada kuantiti siput):
2 biji bawang merah (kecil)
1 ulas bawang putih (Optional)
Setengah inci kunyit
10 biji cili padi
2 biji cili merah
Bahan B (Bahan lain):
3 batang serai (Diketuk)
Daun kunyit (Boleh koyak terus)
Siput sedut
Garam atau serbuk perasa
Santan
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk sehingga naik bau.Â
- Kemudian, masukkan serai, ketuk biarkan seketika baru dimasukkan santan.
- Masak pada api sederhana. Jangan buka api kuat sangat.
- Akhir sekali, masukkan siput sedut. Masukkan juga garam dan perisa mengikut citarasa anda. Dan boleh masukkan daun kunyit.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nur Ismail
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity