Musim bulan Ramadan tahun ini ramai rakyat Malaysia yang berpakat untuk pergi ke bazar Ramadan. Maklumlah sudah dua tahun bazar Ramadan tidak dapat beroperasi seperti biasa asbab penularan wabak Covid-19 yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat. Oleh itu, tahun ini banyak bazar Ramadan yang telah dibuka bagi memberi peluang kepada rakyat untuk mencari rezeki.
Setiap bazar Ramadan sudah pasti menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk memikat hati pelanggan. Sebagai seorang penjual yang berhemah, mereka perlulah meletakkan harga yang berpatutan dengan makanan yang hendak dijual supaya pelanggan juga berpuas hati.
“RM 20 Beriani Gam Daging Dapat Macam Ni…”
Sepertimana yang berlaku kepada seorang wanita baru-baru ini, dia telah mengunjungi sebuah gerai di Bazar Ramadan TTDI untuk membeli Nasi Beriani Gam Daging. Tujuan dia membeli nasi tersebut kerana dia terpedaya apabila melihat ramai orang beratur di gerai tersebut. Wanita itu berpendapat bahawa nasi beriani di gerai itu mungkin sedap dan berbaloi.
Namun demikian, sangkaan wanita tersebut salah apabila dia melihat Nasi Beriani Gam Daging yang dibeli tidak berpatutan dengan harga yang diletakkan. Menurut video yang dirakam oleh wanita tersebut, dia memberitahu bahawa nasi beriani itu berharga RM 20 dan hanya mendapat seketul daging, bersama telur rebus yang belum dikupas dan sayur juga tidak diberikan.
“RM 20? Lebih Baik Masak Sendiri..”
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat video luahan itu juga tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga yang menjual makanan dengan harga dan kuantiti makanan yang tidak berpatutan. Ada juga yang menasihati perempuan tersebut untuk lebih teliti ketika membeli makanan.
Oleh itu, semua peniaga makanan di luar sana janganlah menganiaya pelanggan dan buatlah keputusan yang bijak ketika meletakkan harga makanan.
Kredit zvrita(TikTok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity