fbpx

‘Virus’ Khairul Aming Memang Luar Biasa. Resepi Prosperity Burger Wajib Try!

iCookAsia

Khairul Aming buat lah resepi apa pun, confirm sekejap sahaja viral. Dengan kepakaran yang beliau ada, ada sahaja alternatif untuk resepi yang sedia ada. Rata-rata comment memang sedap, jadi menu lazat dan viral mesti lah dikongsi bersama!

Bukan setakat viral, habis kesemua bahan yang digunakan Khairul Aming confirm sold out di mana-mana kedai. Ramai nak merasa kan, tunggu apa lagi?

Jom try.

Terima kasih Khairul Aming untuk perkongsian resipi Burger Prosperity Ala Khairul Aming ini 🙂

@khairulaming Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap 😋 #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok ♬ original sound – Khairulaming

Bahan- bahan:
2 sudu butter (cair)
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
Cendawan
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan air
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap manis
1 kiub pati lembu
2 sudu lada hitam (Ditumbuk)
Burger Lembu Oblong Ramly
Roti Oblong
Butter
Hirisan bawang

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan 2 sudu butter, masukkan 1 biji bawang holland, 3 ulas bawang putih dan cendawan. Tumis sehingga golden brown.
  2. Kemudian, tambahkan 1 sudu tepung gandum. Kacau sehingga brown lagi dan masukkan 1 setengah cawan air. 
  3. Baru tambahkan 2 sudu sos tiram, sedikit kicap manis untuk bagi colour lagi gelap, tambahkan 1 kiub pati lembu dan masukkan 2 sudu lada hitam yang ditumbuk sendiri. Baru aroma lagi kuat. Kisarkan kesemuanya. Tumiskan lagi sekali.
  4. Seterusnya, boleh guna Burger Lembu Oblong Klasik, gorengkan sehingga garing di luar.
  5. Celupkan dengan sos blackpepper yang dibuat tadi.
  6. Untuk roti, boleh guna roti oblong, sapukan butter dan bakar sekejap bagi ia garing. Boleh letak daging yang dicelup tadi dan letak sos. Boleh letak hirisan bawang.
  7. Nak lagi sedap, boleh goreng juga fries curly. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khairul Aming(TikTok)

Senang kalau ada pan untuk masak, boleh celup daging dengan sos blackpepper banyak-banyak terus. Meh tengok sini: https://shope.ee/2flP3ur9a5 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x