fbpx

Masak Tom Yam Putih Ala Thai Untuk Berbuka. Memang Segar Badan Dan Sedap Dihirup Sup Panas-Panas. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Apabila sudah berlapar sepanjang hari, sudah pasti anda ingin makan satu masakan yang memuaskan dan menyegarkan badan betul tak? Perlukan tenaga untuk malam hari dan menunaikan ibadah sunat. Haa, jadi apa makanan kegemaran anda?

Disini Admin kongsikan satu masakan yang boleh buat badan anda segar. Makan panas-panas baru sedap. Boleh keluar angin dari kita berlapar sepanjang hari itu. Tak percaya? Jom cuba resipi di bawah ini. 

Terima kasih Amatd Amoy untuk perkongsian resipi Tomyam Putih Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam 6-7 ketul (2 orang makan)

Serai 2 batang ( potong halus)

Ketumbar 1 batang (potong akar/daun)

Tamato 1 biji

Lengkuas 1 inci (potong halus)

Bawang holland 1/2 (potong halus)

Cili padi 3-5 biji

Carrot 1/2 batang (potong halus)

Cauliflower (ikut suka)

Kiub Ayam Maggi

Daun limau (4-6 helai) buang batang 

Sos ikan 2 sudu besar

Air limau purut 2 sudu besar 

Cara memasak:

  1. Didihkan air dalam 5 minit. Kemudian, masukkan kiub Ayam Maggi, serai, lengkuas, bawang holland dan daun limau. Gaul sebati dan masukkan carrot, cauliflower dan tomato. Kacau sebati.
  2. Masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak baru masukkan sos Ikan. 
  3. Air limau dimasukkan bila sudah tutup gas. Kalau suka masam boleh letak lebih dan letakkan cili padi dan daun hirisan ketumbar untuk hiasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Amatd Amoy (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x