fbpx

Masakan Ibu Memang Paling Sedap, Jom Buat Ayam Masak Kicap Ini. Sedap!

iCookAsia

Hidangan Ayam Kicap memang sangat sedap dan simple. Tapi sekali makan, confirm bertambah. Berselera makan nasi panas dengan lauk kegemaran ramai ini. Nak buat pun mudah sahaja.

Jom try.

Terima kasih Yayar B. Awang Noh untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Masak Kicap ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
1 ekor ayam (Dipotong kecil)
Garam
Ajinomoto
Kunyit

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cuci bersih dan gaulkan dengan garam, aji dan kunyit tapi nipis-nipis sahaja.
  2. Goreng tapi jangan terlalu garing.

Bahan B (Kuah Kicap, tumbuk halus dan lumat):
2 batang serai (Dihiris nipis)
1 inci halia
6 ulas bawang putih

Bahan C:
Bawang besar (Dipotong bulat)
Cili besar (Dihiris nipis)
1 senduk cili kering kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.
  2. Kemudian, masukkan cili kering kisar.
  3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  4. Perasakan ia dengan garam, aji dan gula.
  5. Masukkan bawang besar dan cili besar.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x