fbpx

Masakan Yang Simple Tapi Sekali Makan Confirm Berselera, Meh Buat Telur Goreng Kicap

iCookAsia

Tak perlu fikir panjang nak masak apa, boleh sahaja buat hidangan Telur Goreng Kicap ini. Sangat mudah dan boleh siap kalau rushing nak hidangkan makanan. Rasa memang sangat sedap dan padu. Memang tak cukup makan satu pinggan nasi macam ini gayanya.

Jom try.

Terima kasih Jom masuk DAPUR untuk perkongsian resipi Resepi Asam Pedas Melaka ini 🙂

Bahan- bahan:
Telur
Bawang putih
Bawang merah
Carrot (optional)
Lada merah
Kicap manis
Sos cili

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gorengkan telur satu per satu. Jika sudah masak angkat dan ketepikan dulu.
  2. Kemudian, dalam minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan carrot, kacau sekejap kemudian baru masukkan bawang besar. Kacau hingga layu. 
  4. Seterusnya, masukkan juga lada merah.
  5. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan kuah, masukkan juga kicap dan sos cili secukupnya. Kacau sampai mendidih.
  6. Akhir sekali, masukkan pula telur goreng. Kacau rata dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jom masuk DAPUR(YouTube

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x