fbpx

Mee Kuah, Rasa Mee Utara Yang ‘KICK’! Tak Menyesal Kalau Cuba Resepi Ini.

iCookAsia

Mee Kuah? Mee Rebus? Lebih kurang je sebenarnya. Tetapi Mee Kuah ini kebiasaanya dipanggil di negeri-negeri Utara. Dan paling rindu apabila dihidang pada majlis atau jamuan keramaian. 

Tetapi, dah musim pandemik ini, takut juga kan untuk berkumpul kan? Tidak mengapalah. Buat sementara ini, apa kata kita buat untuk family di rumah sahaja. Boleh test skills memasak dari sekarang. Dah okay sikit nanti, baru la kita tunjuk skills pula, hehe. 

Terima kasih Anie Daud untuk perkongsian resipi Mee Kuah ini 🙂

Bahan-bahan untuk Mee Kuah:

Mee kuning

Daging rebus

Sawi

Tauge

Daun sup

Sos cili

Kicap

Sedikit gula

Sedikit serbuk perisa

Telur

Bahan Untuk dikisar:

Cabai kering

Bawang besar

Bawang putih

Cara memasak:

  1. Tumis bahan blend dan selepas itu, tuang daging. Tambah air daging sikit.
  2. Kemudian, tuang sos cili, kicap, gula, dan serbuk perisa.
  3. Tunggu hingga mendidih, pecahkan telur ke dalam kuah.
  4. Biar masak sekejap dan sudah boleh letak mee, sawi, tauge dan daun sup.
  5. Apabila sudah mendidih, bolehlah tuang ke dalam mangkuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anie Daud (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x