fbpx

Mee Telur Secara Homemade Gunakan Tiga Bahan, Senang Je, Uli Dengan Tangan.

iCookAsia

Cara membuat mee telur perkongsian Zurina Zulkefli ini cukup mudah kerana menggunakan hanya tiga bahan. Malah hanya perlu diuli menggunakan tangan. Selepas siap, mee boleh dinikmati bersama sup ayam dan chili oil.

 

Bahan :

1 cwn Tepung Gandum

1 biji Telur

Secubit Garam

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sehinga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu.
  2. Selepas siap, doh akan kelihatan seperti dalam gambar. Rehatkan sebentar dalam setengah jam di dalam peti ais dan tutup doh dengan kain.
  3. Selepas setengah jam, keluarkan doh dan uli lagi sehingga doh menjadi pejal. Rehatkan lagi doh di dalam peti ais selama 15 minit.
  4. Keluarkan dan uli. Tabur tepung gandum sedikit dan leper dan canai doh sehingga nipis macam kain.
  5. Potong doh secara memanjang dan rebus doh yang dipotong selama 10 minit atau sehingga masak.
  6. Angkat dan basuh mee tadi dan toskan.
  7. Sedia dihidang bersama sup ayam dan chilli oil.

 

Resipi Sup Ayam :

  1. Hiris dua ulas bawang kecil, tiga ulas bawang putih dan dua hirisan halia dan tumis dengan dua sudu besar minyak masak.
  2. Selepas tumisan naik bau, masukkan air dan sup bunjut ikan Adabi. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan tulang ayam dan masak selama 40 minit. Perasakan dengan garam.
  4. Curahkan ke atas mee tadi dan ambil sup jernih sahaja.

Resipi Chili Oil :

  1. Panaskan minyak yang banyak kemudian tumis bawang putih cincang. Selepas itu masukkan serbuk cili kering atau cili flakes dan secubit garam.

Kredit resipi & foto : Zurina Zulkefli

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x