fbpx

Meh Cuba Resepi Sihat Tapi Sedap Ini, Kubis Roll. Padat Dengan Isi Yang Menyelerakan

iCookAsia

Siapa di sini suka teringin nak makan menu yang sihat dan sedap? Apa kata anda cuba resepi Kubis Roll ini, sesuai sangat bagi sesiap yang nak diet. Admin tengok pun dah terliur tau. Bagi siapa yang tak suka makan sayur pun boleh jatuh cinta dengan hidangan ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Siti Hajar Ismail perkongsian resipi Kubis Roll ini 🙂

Bahan-bahan:

Kubis (Untuk roll)

Daun bawang (Untuk ikat-terpulang)

Ayam kisar

Bawang holland (cincang)

Carrot (cincang)

Hirisan daun bawang

Garam

Serbuk lada hitam

Olive oil

Cara membuat:

  1. Mula-mula, leraikan kubis dan buat secara perlahan supaya tidak terkoyak.
  2. Kemudian, celurkan kubis tersebut. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
  3. Untuk inti, gaulkan kesemua bahan kecuali kubis dan daun bawang. Satukan dalam bekas dan tidak perlu dimasak dahulu. Masa kukus nanti akan masak.
  4. Gaul sebati semua bahan.
  5. Gulungkan inti dengan kubis.
  6. Seterusnya, ikatkan dengan daun bawang supaya gulungan tidak terbuka sewaktu dikukus.
  7. Kukuskan dengan api sederhana lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  8. Jika sudah siap, boleh dicicah dengan sos.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hajar Ismail(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x