Nak hidangan yang simple, mudah untuk dibuat dan menyelerakan. Boleh cuba resepi yang Admin nak kongsikan kali ini. Mesti ramai yang suka dengan gabungan bahan-bahan yang boleh buat anda bertambah-tambah makan.
Jom try.
Terima kasih Siti Nornaim Keng untuk perkongsian resipi Sambal Belado Bilis Kentang Terung Kentang ini ๐
Bahan- bahan:
Bahan A (Digoreng tanpa letak kunyit):
Ikan bilis
Kentang (potong dadu)
Terung (potong memanjang)
Tempe
Bahan B (Kisar Kasar):
Bawang putih
Bawang merah
Cili api merah
Cili besar
Belacan
Bahan C:
Bawang holland (hiris besar)
Garamย
Gula
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bahan kisar sampai garing.
- kemudian, masukkan garam, gula dan bawang holland.
- Akhir sekali, masukkan bahan yang digoreng tadi. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐
Kredit resipi dan gambar: Siti Nornaim Keng(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity