Pencinta makanan mesti akan jatuh hati dengan Kacang Pool ini. Mana tidaknya, keistimewaan kuah hidangan ini ditambah pula cicah bersama roti bakar. Memang tak cukup makan satu mangkuk sahaja.
Terima kasih Farith Ismail untuk perkongsian resipi Kacang Pool ini 🙂
Bahan- bahan:
4 Jenis kacang saya guna (Buang air dan kisar semua kacang tersebut)
Daging kisar (Boleh guna jenama ramly)
Bawang merah, halia, bawang putih (kisar)
Serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk kari ayam atau daging (Boleh guna jenama babas)
Minyak Sapi sedikit
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak, masak Daging dahulu dan kacau-kacau sampai hancur elok.
- Jika daging sudah masak, masukkan bahan kisar iaitu bawang merah,bawang putih dan halia tadi.
- Kemudian, agak-agak sudah 3 hingga 4 minit selepas itu masukkan semua serbuk rempah di atas tadi.
- Masukkan pula sedikit minyak sapi.
- Seterusnya, masukkan semua kacang-kacang yang sudah dikisar halus tadi.
- Akhir sekali, masukkan garam sedikit, dan biarkan mereneh hingga meggelegak. Siap dan boleh dihidangkan.
Boleh hidangkan guna cili hijau besar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Farith Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity